Assalamuaaikum..pengalaman aku bersalin anak kedua ni paling aku rasa takut..antara hidup dan mati kn..haha drama sangat..
Aku bersalin anak kedua aku ni pada 17.1.2017 melalui czer..
Aku bersalin czer kenapa??
Ok seperti biasa monthly chekup aku selalu okay jer..bila masuk hujung2 kandungan ni mesti ada ja masalah aku..kandungan kali masalah aku gdm korang tahu ke apa itu gdm..Gestational diabetex mellitus ..haha senang ckp kencing manis semasa mengandung
Macam biasa doktor suggest untuk bersalin di hospital yang ada pakar..memandangkan aku kena bersalin paksa juga😭😭so doktor buat surat reference ke ipoh..tapi aku dengan abang minta tukar ke Hospital Taiping ..memandang kan kami ada rumah di semanggoL
Beberapa hari sebelum masuk usia kandungan aku 38 minggu aku ada mengalami sakit mengeras ..kebetulan masa tu ada temujanji dengan doktor pakar..time nak jumpe doktor pakar la tibe2 tekanan darah aku timggi🤦♀🤦♀🤦♀tak pepasai doktor suh bersalun 38minggu
Kisah tak jadi masuk wad
Genap 38 minggu aku serah diri ke hospital taiping..aku suruh abang bawak kereta santai2 ..peyudahnye sampai ke hospitsl pukul 9 macam tu kot..so nurse macam biasa cek tekanan darah semua okay...nurse telefon doktor bagitahu kes aku ..tp aku pun tak berapa pasti kenapa doktor cakap aku tak boleh admit ari ni..masa tu hari jumaat...jadi kami balik ke cameron semula dan datang balik hari isnin..so aku pun berharap sangat sabtu atau ahad aku turun tanda dan bersalin di cameron haha...tapi aku hanya merancang....Allah yang menentukan
Isnin 16.1.2017 Hospital Taiping
Aku pun serah diri ke Hospital Taiping..mak dan aniq pun ikut tapi diorang stay di rumah kampung..aku admit wad..macam biasa buat ctg dan cek v.e..masa ni aku dah ada bukaan 2cm..oh ye aku pula last scan.sebelum masuk wad doktor inform kat aku yang air ketuban aku kurang sehingga 5peratus...so doktor plan esok pagi kena masukan ubat induce untuk mempercepatkan bukaan aku.
Waktu melawat pukul 4.30 petang hingga 7 malam ..abang tak balik selepas aku admit wad sebab abang nak tunggu waktu melawat terus ..dapat la aku berbual dengan abang dan bagitahu plan doktor semua..habis waktu melawat abang masih tunggu di hospital ..abang risau kalau aku bersalin malam ni..aku suruh abang balik rehat kat rumah aku tak rasa akan bersalin malam😁 pujuk punya pujuk abang pun balik dalam pukul 12 malam macam tu la..
17.1.2017 selasa..
Pagi pukul 7 am..doktor buar v.e lagi..bukaan masa ni dah 5cm..so doktor suruh masuk ke labour room dan pecahkan air ketuban ...aku sempat bagitahu abang aku dah nak masuk labour room.pastu aku tak tahu apa dah..masuk labour room handphone tak boleh bawak..
Baby dah berak😣😣
Doktor pecahkan air ketubah..air ketuban dah warna hijau..bermaksud baby dah berak..terus doktor bagitahu aku yang aku kena emergency czer😫😫😫
Nurse tolak aku masuk bilik o.t.masa tu aku nampak abang dah ada..nurse bagi sembang dengan abang dulu..aku tanye macam mana tahu aku nak kene czer ..abang cakap doktor ada call tadi masa tu abang tengah drive ke hospital..aku cakap kat abang kalau aku mati macam mana haha drama lg..abang pun muka sebak je😂😂
Bilik ot
Masa ni aku dah kena bius epidural memang aku tak rasa apa2 pun dari perut sampai kaki aku 😆😆yang pasti tak lama aku baring tu aku dengar suara baby menangis aku pun cakap dalam hati ..rupenye bilik sebelah pun ada orang tengah bedah ye ..besatnye..tup2 nurse bawak baby kat aku tanye baby apa..laaaa 😅😅anak aku ke yang nangis ...huhu aku rasa macam kejap sangat je..tapi proses menjahit tu lama juga....
Akhirnye lahir la putera kami mohammad aqil jafni dengan berat 2.8kg..


Ulasan
Catat Ulasan