PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA CZER

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA DI INDUCE...y

 

Assalamualaikum....Aku nak kongsikan pengalaman bersalin anak pertama ...

DI INDUCE SEMASA KANDUNGAN 38 MINGGU...

PUNCA????

tekanan darah aku tinggi semasa usia kandungan aku 32 minggu..tekanan aku memang tak nak turun😂😂degil btul kan...haha. so doktor pun bekalkan aku ubat darah tinggi labeltolol 200mg...aku tak berapa nak ingat sebab waktu aku tulis blog ni anak aku yang pertama ni dah berumur 8tahun 2 bulan 20 hari 12 jam 45 minit 30 saat. . .🤣🤣🤣🤣# jam dengan minit tu aku bantai je . . 

Berbalik kepada cerita tadi. . .doktor bagi tahu aku yang aku tak boleh bersalin di cameron highlands di sebabkan aku ada masalah darah tinggi😢😢😢dan terpaksa bersalin awal  kerana risaukan aku boleh terkena sawan. . So doktor decide untuk bersalin awal iaitu pada 38 minggu secara induce. . .

Pada mulanya doktor cameron nak hantar aku ke hospital ipoh. . . atas permintaan aku dan abang. . Kami meminta untuk di tukarkan ke hospital taiping atas sebab dekat dengan kampung di gunung semanggol. . Alhamdulillah. . .doktor benarkan

Kami pulang ke kampung awal sehari daripada usia kandungan 38 minggu. . emosi aku dah tak stabil sebaik tiba di kampung . . .perasaan takut dan sedih . . Dah mula menghantui aku. . .tapi si abang bijak untuk tenang kan aku. . .petang tu abang bawa aku keluar jalan2 ke taiping. . Sempat juga kami singgah ke tesco taiping dan makan makanan western food . . . . Punya seronok berjalan. . Tak sedar dah lewat malam. . Aku sampai ke rumah pukul 1.15 pagi😅😅

Admit wad

Malangnya kelas pertama dan kedua penuh. . .aku di masukkan wad ketiga. . Memang padat. . .tapi yang bestnya . . .kami boleh berkongsi cerita. . .dapat juga hilangkan rasa takut dan gementar. . .maklum la. . .anak pertama memang tak ada pengalaman langsung. . .nurse pula sangat friendly dengan semua patients. . .

The day!!!

Tepat pukul 7 pagi. . .aku dimasukkan ubat induce yang pertama melalui vagina. .selama sejam aku tak boleh turun dari katil takut ubat tu keluar balik..mase ni aku ada rasa la sakit macam segugut tu...aku masih boleh makan ..sembang2 begurau dengan abang..pukul 1 aku kena masuk ubat yang kedua..ok sakit sengugut tu macam kuat sikit...aku boleh bertahan lagi

Aku buat silap!!!!

Aku minum air selusuh..😭😭😭aku tak tahu yang minum air selusuh tu kena ada bukaan dalam 5cm macam tu..sakit yg aku rasa makin berganda..abang buat lawak pun aku rasa nak marah kesian abang...aku rasa sakit kontraksi aku berpanjangan ..bile cek ve masih 1cm lg..aku menahan sakit dari pukul 4.30 sampai pukul 9 aku menangis suruh nurse cek ve lg..tp bukaan aku baru 2cm ..aku kecewa sangat sebab aku beharap bukaan aku dah 5cm ..

10pm

aku menahan sakit dari mengiring ke kiri sampai menugging untuk megurangkan sakit satu pun tak berkesan....dalam 10.30 aku bagitahu nurse yang aku terlampau sakit..nurse pun bawak ke labour room..dalam perjalanan ke labour room air ketuban aku pecah..aku rasa basah dan lenjun..aku bagitahu nurse..sampai labour room aku terasa maca baby seolah olah melonjak nak keluar..aku terasa macam nak meneran tak tahan sangat2..

11pm 18.5.2012

Aku dapat meneran dengan mudah sebab baby pun macam nak keluar sendiri😀dan keluar la anak aku yang bernama muhammad aniq jafni dengan berat 2.9kg..


Aku rasa part yang aku tak boleh lupa tu sakit kontraksi dengan jahit episotomi tu ..aku rasa sakit sangat2. Tapi aku cakap dalan hati biar sekali je sakit..lepas tu boleh rehat dah huhu...

Korang pun mesti ada kisah dan pengalaman nak bersalin kn.share la juga😁👍..aku rasa apa yang aku alami dah teruk sangat..tapi bila aku baca pengalaman orang lain..aku rasa apa yang aku lalui tu tak seteruk orang lain...

Aku mintak maaf kalau jalan cerita ni macam kurang sikit sebab aku banyak dah lupa...

https://yumeeulfah.blogspot.com/2020/08/pengalaman-bersalin-anak-ketiga-yang.html

Ulasan